Saturday 30 April 2016

Menyingkapi kebenaran Almarhum as-Syahid Syeikh Dr. Syed Ramadhan al-Buthi Rahimahullah di sebalik krisis Syria

Nyatalah kebenaran Almarhum as-Syahid Syeikh Dr. Syed Ramadhan al-Buthi Rahimahullah mengapa beliau tidak mahu rakyat Syria bangkit mengangkat senjata menentang kezaliman kerajaan Bashar al-Assad. Lihatlah segala kemegahan yang ada di Syria kini hancur musnah menjadi padang jarak padang terkukur, lihatlah berapa banyak nyawa orang yang tidak bersalah telah terkorban akibat krisis ini, lihatlah bumi Syria yang sebelum ini merupakan pusat pengajian Islam yang unggul di mata dunia kini hanya tinggal nama, lihatlah kuasa2 luar kafir laknatullah Russia, Perancis sewenang2nya masuk ke negara itu dan memburukkan lagi keadaan, lihatlah betapa besarnya fitnah yang melanda Syria sekarang ini.

Ramai orang terutama golongan muda marah dan menggelar beliau ulamak kerajaan, ulamak syaitan, ulamak suu' dan bermacam2 lagi gelaran yang tidak sepatutnya. Kita punya adab dengan para alim ulamak. Bukanlah kerana perbezaan pendapat membolehkan kita mencela mereka. Beliau menghalang rakyatnya mengangkat senjata bukanlah kerana mendokong kezaliman Bashar al-Assad tetapi kerana ingin menjaga keselamatan dan kemaslahatan rakyat dan negara daripada kebinasaan yang lebih dahsyat. Terbunuhnya Syaikh Al Buthi bersama puluhan muridnya di dalam masjid Al Iman di Damaskus akibat serangan sebuah bom ketika sedang menyampaikan kuliah agama pada tanggal 21 March 2013.

Sebelum beliau syahid dibunuh oleh pemberontak yang mengangap beliau pengkhianat, beliau telah mengetahui kematian yang makin mendekatinya dengan berkata "Hidupku sudah tidak berapa lama lagi melainkan beberapa hari yang boleh dikira kerana aku telah dapat mencium bau syurga dari belakangku". Subhanallah. Beliau juga tidak mengutuk ulamak yang berkhilaf pendapat dengannya bahkan mendoakan semoga Allah mengampuni khilaf mereka dan yang benar mendapat 2 pahala dan yang salah mendapat 1 pahala seperti khilaf antara Sayyidina Mua'wiyah R.A. dan Sayyidina Ali R.A. Lihatlah akhlak ulamak yang hakiki ini. Berlainan pula dengan kita apabila terdapat perbezaan pendapat terus menghentam, mengutuk, dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain yang akhirnya melemahkan institusi Islam itu sendiri.

Kini ulamak yang kita cintai ini telah syahid menemui Ilahi. Damailah engkau disana yaa syaikhuna, In shaa Allah syurga buatmu. Semoga Allah membalas dan menghancurkan kezaliman Bashar al-Assad dan sekutu2nya.

*Coretan hamba al-Fakir Mohamed Farid Bin Roslan.


Almarhum as-Syahid Syeikh Dr. Syed Ramadhan al-Buthi Rahimahullah



 



Wednesday 1 July 2015

Resepi Ayam Madu Bakar Ramadhan

Assalamualaikum semua.
Haa, mcm mana puasa semua? Penuh lg ke stakat ni. Klau penuh alhamdulillah. Haa, harini resepi apa plak untuk berbuka? Klau yang dduk kt rmah tu msti best dpt berbuka dengan family tersayang kan. Hmm, nasiblah student mcm sy ni, kena plak yang duk jauh di negeri orang alamatnya cuti raya ni laa bru dapat balik berbuka dngn family. Dduk dkt u ni hari2 la beli lauk bazar kan? Hahaha, tp xpelah semua tu ujian Allah untuk hamba2 Nya. Xpe lah, merantau mencari ilmu, jauh di negeri orang, jauh dari family n orang tersayang, smakin jauh semakin bertambah sayang, jauh di mata dekat di hati. Cehhh, mcm puisi plak. Hahaha

Btw, harini sy xde buat ape2 juz baring2 mngadap laptop scroll internet repeat. Haha. Tngh2 dk scroll tu trnmpak la satu gamba ayam bkar ni. Tergugat tu xyah ckap lah. Ade ke gi post gmba mknn time puasa2 ni. Hahaha. Lg2 ayam madu bakar, pergh memang klau buat berbuka ni memang terbaik r. So, utk penggemar2 ayam madu bakar tu pasni kau xyoh duk pi bazar lg dh lpsni. Ni sy nk share resepi ayam madu bakar yang memang terbaik yang sy rumuskan setelah mengkaji dari bnyak resepi dan lg sedap dari pi beli kt kedai dan sy nmakan ni Resepi Ayam Madu Bakar Ramadhan. Haa, molek kan tu nama seindah Ramadhan. Rasa dia fuhh, sedap hingga menjilat jari rasa satu nak lagi. Cewahh. Haha. Sy gunakan kepak ayam dlm resepi ni sbb sy ni peminat tegar kepak ayam. haha. Bleh je nk gunakan dada ayam ke, peha ke based on citarasa korang la. Buat perap daging pun boleh.

                                             

Bahan2 dia:

  • 8 kepak ayam yang siap dipotong
  • 3 biji bawang putih kisar/tumbuk
  • 2 sudu besar lada hitam kisar/tumbuk
  • 1 inci halia kisar/tumbuk
  • 1/2 cawan sos tiram
  • kicap masin thai ni, biasa ade je kat mana2 pasaraya mcm ni 
  • 1/2 cawan gula untuk karamel
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 5 sudu besar sos cili Thai
  • 1 biji asam limau nipis
  • 8 helai Daun asam limau purut dimayang halus untuk beri bau dia
  • 2 sudu besar serbuk lada kisar, biasa saya guna yg brand Babas 


Cara2 Penyedian:

  • Basuh dan toskankan ayam n letak dalam satu bekas dan ketepikan
  • Panaskan kuala tanpa minyak untuk buat gula karamel. Haa, mst ad yg tnya kenapa gula karamel kenapa xletak gula je. Gula karamel ni sebenarnya untuk gantikan madu. Gula hangus/karamel ni rasa dia beza rasa dia dengan gula biasa and lagi kita nak bagi warna dkt ayam bakar kita nanti.. Tp klau hang nak masukkan setengah cawan madu untuk gantikan gula karamel ni boleh je. Gula karamel untuk jimatkan kos. haha
  • Masukkan setengah cawan gula dan hanguskan, bila dh perang masukkan sedikit air untuk kurangkan kepekatan dia then kacau laju2 supaya gula x berketul. Bila dh siap mcm ni la. 
  • Then lepastu, masukkan gula karamel kedalam bekas berisi ayam td dan gaul hingga rata.
  • Masukkan lada hitam, bawang putih, halia yang dikisar tadi then masukkan daun limau purut dan serbuk lada kisar
  • Seterusnya, masukkan plak sos tiram, sos cili thai, kicap manis.
  • Then masukkan kicap masin secukupnya sehingga dh cukup rasa masin manis dia. (Kicap masin ni guna untuk ganti garam. So dh xperlu garam la) Sapa2 yg xsuka kicap ni bleh je guna garam.
  • Then, akhir sekali perahkan asam limau kedalam perapan ayam tadi then gaul hingga sebati. Tutup bekas ayam perapkan ayam dalam 4-5 jam so that segala rempah dia menyerap. Lagi lama lg bagus.
Haaa, bila dh siap bleh lah nk dibakar, digolek or dipanggang ke apanya. Juz berkongsi resepi dari benuk fikiran ni. Laen kali dh xyah nak bersesak pegi kedai nk beli ayam madu lah kan bila dh pndai buat sdiri ni. Nak buat juadah berbuka pun elok bebenor la ni. Haha, bleh la nk makan bnyak mana yang hang suka, tibai sampai kenyang. Hahaha. Ok lah, ckuplah smpai disini coretan sy untuk hari ni. Papepun selamat mencuba dan jangan lupa kongsi dengan family dan kawan2. Peace Yaww ✌

Tuesday 30 June 2015

Resepi Puding Karamel Jepun

Assalamualaikum semua dan salam perkenalan.
Hmm, sebenarnya sy ni baru lagi klau bab2 tlis blog ni & I'm Kelantanese. Peace yaww ✌. So klau bila tulis ni ad termasuk skali ngn loghat2 Kelantan tu pham2 je la. Xpe, jngn risau, hang2 smua bleh je blaja cket2 psal bhasa Kelantan kan? Mna la tau nanti terberkenan dekat awek Kelantan ke, boleh dimanfaatkan nnt bila nk jmpa mak bapak diorang nnt kan?. Amboi kau, kemain lg kalau bab2 jodoh ni kan. hahaha.

Aishh, bnyak kcek la, main point bena juz nk masuk cket pasal diri ambo ni. Cewah. Hahaha. Tp rsanya dh ckup kot klau utk sesi perkenalan. Haha, btw bersempena dngan bulan yg mulia ni. Bulan apa? Bukan bulan Jun ye. Haha. Habistu bulan apa? Bulan Ramadhan. Haaaa, tau2 je la kan kalau bulan Ramadhan ni kita letih, lapar, dahaga, semua ada. Nak2 lg kalau yg keje keras pagi smpai memang kepenatan tak terhingga. So kita yg hidup senang2 blajar2 lah bersyukur, kurangkan mengeluh. Mengeluh pun bleh hilangkan pahala puasa tau. Hahaha, tarbiah gitu. Bukan apa, sambil2 tulis blog ni sy selitkan nasihat dan unsur2 agama kan. Berdakwah katakan. "Rasullullah bersabda: Sampaikanlah ilmu walaupun satu ayat." InsyaAllah. haha

Kat mana td? Haaa, ok harini sy nk share resepi puding karamel dekat hang2 semua. Kalau bulan Ramadhan ni xyah cakap la, tengkuk memang rasa nak makan benda manis je. Lagi2 kalau orang Kelantan memang suka manis. Hang ingatla kalau hang belaki bini dengan orang Kelantan nanti. Haha. Puding karamel ni toksoh cakap la memang femes gila. Klau pi bazar Ramadhan memang belambak orang jual puding ni. Puding karamel ni pun ada bnyak jenis, yg guna kastard, yg xguna telor, yg keras, yg lembut bnyak laa. Bnyak versi, tp hari ni sy nak share resepi Puding Karamel Jepun. Kalau hang pernah tengok cter My Boss My Hero msti hang terbayang dia punya puding kan?, Fuhh, terbaikk. Lembut, smooth je bila masuk anak tengkuk. Hahaha. Ni la resepi yg sy nk share harini, Konfem persis mcam dlm cter tu. Xyah 2nd or 3rd try, 1st try pun dh mnjadi kalau hang betul2 ikut prosedur ngan semua precaution yg sy bg la. Konfem jd pnya, gua jamin. haha

Ok, xsoh cakap bnyak. Bahan2 dia:

1. Apa2 jenama susu segar yg 1L tu haa, mcm ni haa.














2. 5 biji telur gred A. Klau telur tu kecik bleh la guna 6 biji.

3. Gula. Untuk karamel dan pemanis puding.

4. Esen vanilla, biasa sy guna yg Star Brand. Alaa, apa2 jenama pun xkisah. Yg penting perisa                 vanilla. Jangan kau beli perisa rose sdah. Bca dlu sblum beli. Hahaha
     













Peralatan: 

  • Bekas makanan kecil, tupperware or whatever la sbgai acuan untuk puding.
  • Periuk pengukus
  • Air (benda paling penting, xde air hang nk kukus ngan apa)

Cara2 Penyediaan:
  • Penuhkan periuk pengukus dengan 3/4 air. Panaskan air di atas dapur pada bukaan api sederhana sementara menyediakan ramuan. Asingkan bahagian talam pengukus, jangan panaskan bahagian ini.
  • Then, sediakan frying pan or kuali or periuk or apa je sbb kita nk panaskan gula ni nk buat karamel. Masukkan gula kedalam kuali tadi dan hanguskan dia sampai warna dia bertukar perang. Karamel tu jngan biar hangus gelap sngt sbb dia akan jd pahit klau kau biarkan lama sngt. Bila dh warna dia keperangan gitu tambah 1/2 cawan air then kacau laju2 supaya gula tu xberketul. Jngn xtambah air plak, sbb nnt bila karamel kau pekat sngt dia akan jd keras balik bila sejuk haa gituu. Then, tuang karamel korang dalam bekas yang hang nk guna mcm ni.                                         
  • Sediakan periuk and masukkan 1L susu td kedalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Masukkan 5 sudu besar gula dan kacau. Kalau korang ni yang jenis minat manis bleh je nk lebihkan gula tu based on citarasa masing2. Panaskan susu sampai hawa2 panas. Hawa2 panas je ye, bukan sampai mendidih. Bila dah hawa2 panas tutup api.
  • Masukkan susu yang dipanaskan tadi kedalam bekas or jug or apa je la and then pecahkan telur. Kacau perlahan2 sehingga telur sebati dengan susu. Masukkan satu sudu teh esen vanilla sebagai perisa.
  • Dh siap semua tu, tapis adunan td dengan penapis untuk buang benda2 asing. Mana la tau kot2 ada kulit2 telur terjatuh dalam tu. Nanti, bila nk mkn tu tertelan kulit telur karang jngn salahkan aq plak. Haha
  • Tuangkan adunan korang dalam bekas yang korang dh isi dengan karamel td mcm ni haa.
  • Then, kukus dalam 20-30 minit and kalau puding hang masih lg xpejal2 tmbahkan lg masa kukus smpai la hang puas hati. Kadang2 memang ambik masa lama sket sbb kita juz guna susu dan telur je untuk keraskan dorang xde tambah kastard or tepung.
Then hasil dia.................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Haa, hang bleh nampak tak betapa lembut and smooth puding ni.. Ni bkan biasa2 tau, terbaikk punya. Rasa? Ko xyah ckap la, walaupun simple tp memang umm!!! Sedap terpinga-pinga. Hahaha, bleh la pasni hang nak cuba resepi kat rumah and share2 dkt family dan kawan. Btw, selamat mencuba dan jngan lupa komen. Peace yaww ✌