Saturday 30 April 2016

Menyingkapi kebenaran Almarhum as-Syahid Syeikh Dr. Syed Ramadhan al-Buthi Rahimahullah di sebalik krisis Syria

Nyatalah kebenaran Almarhum as-Syahid Syeikh Dr. Syed Ramadhan al-Buthi Rahimahullah mengapa beliau tidak mahu rakyat Syria bangkit mengangkat senjata menentang kezaliman kerajaan Bashar al-Assad. Lihatlah segala kemegahan yang ada di Syria kini hancur musnah menjadi padang jarak padang terkukur, lihatlah berapa banyak nyawa orang yang tidak bersalah telah terkorban akibat krisis ini, lihatlah bumi Syria yang sebelum ini merupakan pusat pengajian Islam yang unggul di mata dunia kini hanya tinggal nama, lihatlah kuasa2 luar kafir laknatullah Russia, Perancis sewenang2nya masuk ke negara itu dan memburukkan lagi keadaan, lihatlah betapa besarnya fitnah yang melanda Syria sekarang ini.

Ramai orang terutama golongan muda marah dan menggelar beliau ulamak kerajaan, ulamak syaitan, ulamak suu' dan bermacam2 lagi gelaran yang tidak sepatutnya. Kita punya adab dengan para alim ulamak. Bukanlah kerana perbezaan pendapat membolehkan kita mencela mereka. Beliau menghalang rakyatnya mengangkat senjata bukanlah kerana mendokong kezaliman Bashar al-Assad tetapi kerana ingin menjaga keselamatan dan kemaslahatan rakyat dan negara daripada kebinasaan yang lebih dahsyat. Terbunuhnya Syaikh Al Buthi bersama puluhan muridnya di dalam masjid Al Iman di Damaskus akibat serangan sebuah bom ketika sedang menyampaikan kuliah agama pada tanggal 21 March 2013.

Sebelum beliau syahid dibunuh oleh pemberontak yang mengangap beliau pengkhianat, beliau telah mengetahui kematian yang makin mendekatinya dengan berkata "Hidupku sudah tidak berapa lama lagi melainkan beberapa hari yang boleh dikira kerana aku telah dapat mencium bau syurga dari belakangku". Subhanallah. Beliau juga tidak mengutuk ulamak yang berkhilaf pendapat dengannya bahkan mendoakan semoga Allah mengampuni khilaf mereka dan yang benar mendapat 2 pahala dan yang salah mendapat 1 pahala seperti khilaf antara Sayyidina Mua'wiyah R.A. dan Sayyidina Ali R.A. Lihatlah akhlak ulamak yang hakiki ini. Berlainan pula dengan kita apabila terdapat perbezaan pendapat terus menghentam, mengutuk, dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain yang akhirnya melemahkan institusi Islam itu sendiri.

Kini ulamak yang kita cintai ini telah syahid menemui Ilahi. Damailah engkau disana yaa syaikhuna, In shaa Allah syurga buatmu. Semoga Allah membalas dan menghancurkan kezaliman Bashar al-Assad dan sekutu2nya.

*Coretan hamba al-Fakir Mohamed Farid Bin Roslan.


Almarhum as-Syahid Syeikh Dr. Syed Ramadhan al-Buthi Rahimahullah